hanya lafaz SABAR dapatku pujuk hatiku.... ya, hari ni aku kerja shift pagi... masuk saja pagi, aku terus menulis nama pada buku laporan beserta dengan waktu aku masuk bekerja...namun kelibat MA yang bertugas pada hari ni belum ku lihat..aku melihat jadual MA yang bertugas, tertera nama MA ZUL & MA YUSNI...setelah itu,tanpa melengahkan masa, aku terus membantu 2 orang PPK melakukan bed making...aku menukar cadar patient (pt) yang kotor sahaja....itulah beza wad psy dgn wad2 lain, dimana wad lain cadar ditukar setiap hari....hehehhe....lupakan tentang bed making...belum sempat aku menyiapkan bed making pada sebuah katil tu, PPK tersebut mengarahkan aku supaya meninggalkan kerja yang aku sedang lakukan..dia menyuruh aku mengambik TEKANAN DARAH (BP) pesakit...aku dengan segera meluru kearah mesen BP yang berdiri tegak berhampiran dengan kaunter wad lelaki...aku memanggil semua pesakit supaya beratur untuk mengambil BP...pesakit2 dengan segera terus datang beratur kearah ku...pesakit yang mula2 datang kearah ku adalah zool helmi@Along...aku mengambil BPnya namun mesen tersebut tidak berfungsi...aku memberitahu PPK tersebut bahawa mesen tersebut tidak berfungsi...PPK tersebut mengarahkan aku agar pergi pinjam mesen BP di bahagian cubicle pesakit perempuan...namun begitu, aku hampa keranA mesen BP yang perempuan sedang digunakan...muncul MA ZUL ketika aku sedang sibuk untuk meminjam mesen BP.. MA tersebut mengarahkan aku agar mengambil tekanan darah pesakit menggunakan cara manual...aku terus mencari BP set dan stetoskop...
seorang demi seorang pesakit aku mengambil tekanan darah mereka dengan cara manual....terpaksa aku berdepan dengan gelagat pesakit2 yg banyak bertanya...rasa juga nak marah pada pt sbb masa aku ambik bP dorang bercakap2...sehinggakan aku tak dapat nak tumpu pada bunyi LUP DUP jantung.....hahhahahhaha.....
setelah hampir semua ADL pt lakukan seperti mandi, makan ubat, vital sign, maka tinggallah activity senaman...aktviti senaman ini diseliakan oleh pelatih jururawat MAHSA...Aku hanya menonton gelagat pesakit sahaja tanpa menyelia mereka...setelah itu, aku diarahkan untuk melakukan dressing keatas pesakit cina yang cuba membunuh diri, terjun dari highway...dia mengalami lumbar fracture & POP pada right radius ulna...aku dibantu oleh 2 orang pelatih MAHSA untuk melakukan dressing...mereka sudah semester 5 namun aku masih semester 4...setelah siap aku melakukan dressing, aku hanya membasuh tanganku sahaja...semua barang2 dikemas oleh pelatih MAHSA..duduk sebentar aku dikaunter sambil membaca tiket2 pt...
tiba-tiba muncul Pak Lah, dari OT...nak ambil pt nak bawak pi rehab di kebun...nama2 seperti Apang, fariddudin, & zahir dipanggil untuk dibawa ke kebun...aku cuba mengekori mereka untuk pergi ke kebun juga..(sbb ada dlm cross)...hehehe3....masyaAllah, betulkan niat....kerana ALLAH...aku turut join kekebun bersama 2 orang pelatih jururawat MAHSA, 4 orang pelajar UiTM dan Pak Lah...kami kesana menaiki van hospital...kebun tersebut terletak di hospital lama sg petani...semua yang join memakai pakaian berkebun...hanya aku sorang sahaja yang memakai uniform MA..ahhahhahahha.....berkebun pakai uniformmmm....walaupun tak pernak dibuat orang, aku tetap bangga...hhahahha....sampai sahaja dikebun,aku diberi baju t-shirt oLEH pak Lah....tersengih aku dibuatnya...hahahah...dengan segannya, aku mengambil baju tersebut lalu menukarnya....uniform ku, kulipat dan diletakkan didalam almari stor...
berpeluh aku dibuatnya,,huahuhau....sambil berkebun, aku sempat berbual dan mengambil gambar pt...macam2 ada kat kebun tu.....ada pisang, ada kangkung, ada pokok naga dan macam2 lagilah...rambutan pon ada...
tanaman pisang mampu menghasilkan nilai komersial ke pasaran luar....anda patut berbangga dengan pencapaian pesakit psikiatrik ini...BANGGA aku tgk hasil yang mereka lakukan ini...patutkah mereka dipandang serong oleh masyarakat luar...? mereka juga manusia biasa...INSYAALLAH, bersamalah kita memahami jiwa mereka walaupun mereka hidup di dalam "2 alam" yang berbeza....mereka patut disayangi dan dihormati...
mereka patuh pada arahan...kerajinan rajin menjadi aset utama...
"...terpaksa aku tak showkan wajah-wajah patient dengan jelas...bg menjaga aib mereka... wahai pesakit-pesakit ku, selama sebulan aku bersama kalian di HSAH, akan ku jadikan kenangan terindah bersama kalian sampai bila-bila.....semoga anda semua kembali sihat walafiat..."
kerajinan mereka terserlah...rawatan fizikal, psikologi dan rehabilitasi mampu menjadikan mereka mampu berdikari untuk meneruskan hidup... pesakit psikiatrik patut dihormati, bukan untuk dicaci dan dikeji...bukan untuk dikasari...
No comments:
Post a Comment